Gerhana Bulan Penumbra - 9 Feb 2009

February 3rd, 2009 by olak329

Pada 9 Feb nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya.

Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia.

Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Klik di bawah untuk peta laluan gerhana.

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OHfigures/OH2009-Fig03.pdf

Kembara Bulan Minggu ke-25 (18-24 Jun 2007)

June 21st, 2007 by olak329

Minggu ke-25

Minggu ini, kita akan sekali lagi dipersembahkan tarian planet-planet bersama Bulan di langit sebelah barat, sebaik sahaja matahari terbenam di ufuk. Jom kita tengok apa yang menarik bakal berlaku!
Isnin (18 Jun 2007)18jun2007

7.30 PM: Sebaik sahaja selepas Maghrib, lihat arah Barat. Kita akan dapat lihat Bulan sabit muda dan bersinar terang. Dan betul-betul di sebelah atasnya, lebih kurang 2 darjah, planet Kejora sedang bersinar pada kecerahan yang sungguh ekstrem, iaitu pada magnitud -4.4.

Kemudian, jika kita terus melukis garisan dari Bulan ke arah Kejora, dan terus ke atas, kita akan bertemu planet Zuhal pula. Agak mustahil untuk kita terlepas pandang planet ini kerana Zuhal, Kejora dan Bulan membentuk satu garisan lurus menegak ke atas.

Selasa (19 Jun 2007)

7.30 PM: Bulan telah bergerak ke atas arah Timur. Dan pada petang ini, ia hampir dengan planet Zuhal pula. Planet Zuhal berada 1.5 darjah ke bawah dari kedudukan Bulan.
19jun2007

Rabu (20 Jun 2007)

8 PM: Pada petang ini, Bulan sudah semakin jauh dari Kejora dan Zuhal. Tetapi jika kita perhatikan betul-betul ke bawah dari kedudukan Bulan, ada sebiji bintang yang agak cerah bersinar. Bintang ini ialah Regulus, bintang utama dalam buruj Leo. Formasi petang ini amat menarik kerana Kejora, Zuhal, Regulus dan Bulan membentuk satu garisan lurus.
20jun2007

Khamis (21 Jun 2007)

8 PM: Kejora, Zuhal, Regulus dan Bulan masih membentuk satu garis lurus, tetapi kedudukan Bulan petang ini sudah semakin jauh dari himpunan planet-planet tadi.

Ahad (24 Jun 2007)

8 PM: Bulan berada hampir dengan bintang Spica, bintang utama dalam buruj Virgo, pada jarak 1.5 darjah antara satu sama lain.24jun2007

Father’s Day Confession..hehe

June 16th, 2007 by olak329

dah lame aku xtulis blog neh,APA DAH JADI??<a

malas punya pasal n xde mase . lagi pon aku nk kumpul banyak2 story,then muat turun kat sinie.kekekek…
neway,let past stay as a history,what good shall be repeated,what bad buang dalam longkang….
first of all…aku sibuk ngan tugas alk,selalu jer overtime,selalu jgak aku xrehat, bekorban demi student lain.wakakkaa….bukan buat apo pun,tolong menjual kat sekolah,kiranya masa rehat je la,aku xde masa nk pg lain,kecuali spot aku kat dalam koperasi, same routine everyday. 10.20 = masuk  koperasi, kalu cikgu xde,cikgu kasi keluar awal , aku direct pegi koperasi buat kemasan stok,simpan2 dalam koperasi ,wakakka..ade bakat woo.than kadang2 tu , kalu ade ape2 yg berkaitan dgn koperasi ,cam jual bunga ke,wakakakakak….lawak2. malu, malu jugak, tp aku la yang jual paling banyak…^_^. kadang2 orang tanye , nape la aku ghajin sangat nk buat kerja,smpai kadang2 sanggup overtime….sebabnya, koperasi nie FREE OF CHARGe,maksud aku,xde la macam pengawas, dah la kena bertugas,kena bayar yuran bulanan,jaga disiplin,nothing is free,no corrpption allowed,kkeke,dan macam2 la. TAPI alk nie,semua free…kecuali barang2 kat koperasi la,semua orang bayar.lagipon aku xsanggup ambik free..koperasi kan pelaburan semua pelajar di sekolah. back to da point, hujung bulan 4 lepas, ade satu lawatan ke kl.3 ari 2 malam,bukannya xpenah pg kl pon.dah naik mual,tapi yg spesel n irresistable nyer, semua free , lagi tu,siap kasi duit poket Rm50…dahsyat.pakaian pon bebas masa lawatan,jadual lawatan?? pelajar sediakan…nak duit poket lebih?? masa mesyuarat agong kemukakan lah idea….kekeke..tu la.bukannya nk berbangga, tapi realiti,lagipon bkan semua dapat jadi alk nie…kalu dah terpilih tu,do the best lorh.!
then second,first exam 8/6/07 which is jatuh pada hari ahad Bersamaan jugak dengan tarikh arwah abah aku meninggal
diakibatkan acute mycordiac infarction with cardiogenic shock (Al Fatihah…………..)….sakit jantung mengejut lah kiranya. so the whole week aku xpg skolah…sbnrnya memang b’rancang nk pg,tp semua itu takdir. arwah abah meninggal pada pukul 2.45 pagi. aku lahir pada 1.40 pagi..hehe..xla jauh sangat…dekat di hati ^_^. so ramai yg tanye ape dah jadi,apo ko buat mase tu? bla bla bla….. okeyh . aku rase aku dah bersedia nk bagitau….

pada sebelom tu ( sabtu 7/4/07) aku bngun dalam kul 11++ lewat gile…lepas bngun tu,aku g buat kija jap, then ngadap pc.tu pon xlama,dalam kol 1-2++ ptg, hari memang panas gile lah!! aku pon pelik la aritu,memang panas.luarbiasa.then aku g mandi.lepas mandi pon still panas.  jadi aku pon g tido…biasanya kalu panas aku xdapat tido,tapi arituh sampai maghrib tido!! mashaallah…..
lepas bngun tu aku tengk abah tgah berbual ngan kawan dia kat luar,,,aku bngun pon sebab adik aku pasang doraemon kuat,smpai terbayang masa tido..kui3.then g mandi,and buat apo yang patut.lepas tu dalam kol 9 kot aku bukak ym.bukak pko(pirate king online).alah,routine biasa aku ….abah pulak  sibuk ngan lap top dia..hihihi..orang tua2 kata lah kan, kalu orang nak mati,ade petanda2 , cuma kita je kadang2 tak peka .lagi pon mati hanya sekali,kalu dah miss first chance,,,xde lah peluang nk repeat.bukannya cam main game, GAME OVER then bleyh Start Game blik,
ikutkan malam tu lah,aku ade dgr perbualan umi aku ngan abah aku.dalam kol 10+ kot…umi, adik n kakak biasa tidor sebelom pkul 10.aaku plak selalu tido selepas kol 1…dah biasa.kadang2 tak tido terus, teruk lagi tak tido 4 hari.wakakaka…buat apo? mengadap pc le…bak to the story,dalam kol 10.30 + tu umi ade bngun,tengok abah still dok gna lap top,umi pon g buat air kopi kat abah siap kasi kuih skali,tu lah hidangan terakhir umi kpd arwah abah….abah aku nie asyik sibuk kerja je…jadi jarang2 aku dapat luangkan masa ngan dia..last time aku ckp ngan abah pon rase dekat 2 minggu lebih.rase rugi n sedih tu teramat lah sangt,tp reda je lah.kita takkan terasa kewujudan seseorang sehinggalah dia meninggalkan kita,terutamanya orang yang kita sayangi.nak dipendekkan cerita,kol 11+ tu masa main pko, baru naik lvl 61  rank 40+ server engine masa tu ,masa dok train kat island utk char2 lvl 60 + , sape main pko tau le..tiba2 aku dgr suara abah. pelik, sebab sayu dan perlahan.aku plak dgr mcm abah dok main ngan kucing, tp sebenarnya abah pnggil umi…dalam 3-4 panggilan kot.masa dgr aku pon terkejut,tp 40% diri aku kate abah dok main ngan kucing….umi pon meluru ke dapur,aku tgk le,ingt ade ape. then umi pnggil aku,sebab aku sorang je yg belom tido, abah hmpir rebah depan pintu tandas,dia baru je buang air…tp alhamdulillah aku sempat sambut abah.then bawak naik, baringkan abah. aku sendiri tak sangka la,lagipon abah tak pernah demam,jatuh sakit, jd aku pon macam tak de tefikir yg that night would be his last night…masa tu umi suruh check nadi abah,then aku check la,aku bukannya ahli st. john tp aku tau la sikit2 terutama dari tengok crita fav aku iaitu House p.h.d , it about medical ,and way much better than grey’s anatomy…hehe.
masa aku tekan kat nadi tuh, senyap jer…then "DUPP" lepas tu senyap..dlam 2 saat aku pegang. aku pon konfius jugak,eh aku salah tekan ke nie,mane nadi nie,maklom la aku tak biasa.umi plak try nk call for help,tok imam yg dok depan umah,bapak saudara abah aku jugak,then nk call abang aku yg kuar ngan kawan2 dia…disamping tu umi suruh aku picit2 bdan abah n mengucap  di telinga abah
aku plak tak biasa,aku pon konfius la,nape nk mengucap n picit2 pulak,bukannya abah nk mninggal pon…aku yakin le ckp gitu dlam ati aku sebab abah xpenah jatuh sakit, tapi aku tetap buat.picit2 kaki abah.then aku TERKEJUT, apsal kaki sejuk nih..then aku buat tak tau jer,aku pon g pcit2 kat bahu…panas pulak.then aku baru la teringat kat ajaran ustazah…orang yg nk mati,malaikat tarik dari kaki ke kepala…lepas tu aku terus kalot,pucat,takot,sedih,macam2 lah!!!tak dapat nk elakkan dari berfikir kat ajaran ustazah …macam2 benda buruk aku fikir…mungkin trauma kot masa tuu.then beberapa minit kemudian abg aku balik ngan kawan2 dia, yang jugak jiran2 n sepupu aku.angkat abah letak kat tmpat lain,letak kain kat bawah,bntal kat ruang tamu….aku masih lagi yakin tak de ape2 yg akan berlaku…sebab keadaan masa tu macam keadaan abah tidur cam biasa….memang tak salah lagi…then masa angkat abah tu ade buat silap,badan lebih tnggi dari kaki,setahu aku le,walau bukan ahli st.john atau st.ambulan,dada mesti tnggi supaya dapat bernafas macam orng bediri,iaitu bernafas dengan selesa.masa tu pon buat silap,then masa nk letak abah ,dia tiba2 menggeletar…then barulah aku tau abah sesak nafas, masalah jantung.then datang lagi pelbagai perkara bermain kat kepala, macam nak pecah, tapi aku fokus kat abah…urut2 badan abah,mengucap 2 kalimah syahadah kat telinganya…masa tu jugaklah aku mengalirkan air mata…sedih sebak tengok abah aku,disamping takot kehilangannya.then kakak yg masa tu dah bngun sebab bising kecoh kat rumah, umi suruh telefon ambulan HUSM…masa tu pkul 12. dalam 12.15 ambulan smpai.bagi aku tu lambat gile,aku nk pg skolah yg jauh dari HUSM,tapi jalan yg sama pon ambik masa 5 minit jer, tu pagi,nie kan plak tengah mlam…jalan taklah busy…tp itulah takdir.
then masa dah smpai kat hospital tuh,aku ikut umi naik ambulan ke husm,terus wat masuk kat dalam, doktor2 ade rasenye 2 orang masa tu,dia suruh semua keluar…aku rasa macam nak tumbuk jer…khehe..<
tapi tu procedur dia,xkan nk langgar pulak.dalam 12.30 abah diberi rawatan disamping bergelut untk hidup dibantu oleh 2 orang doktor…then after few minutes sorang doktor lagi datang. aku xtau nk buat apo,bengang rase,aku dok je kat kerusi di bilik menunggu tuh,hampir sejam lebih.tapi aku rase macam 5 minit je.masa tu lah jugak macam2 perkara yang terlintas kat fikiran aku.subhanallah…hanya Allah yang tau betapa traumanya ketika tu.then doktor pnggil umi,umi masa tu tak dok skali ngan aku,umi tnggu dpam pintu…doktor tue talk to umi,aku nk pg,but doktor tu suruh aku stay .beberapa minutes kemudian umi masuk.aku pon plak g tnggu dpan pintu.tengok umi disisi abah.tapi tak nmpak abah sebab dilindungi kain tuh.aku masa tu ngan sorang abang aku,then beberapa minutes kemudian kawan abah yang agak rapat jugak la smpai,dia terus masuk dalam…dalam pkul 1 nk pkul  2 lah aku  rase,tiba2 bunyi tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut yang memanjang,then senyap kejap,then putus lagi,dalam 2-3 kali then bunyi tu terus berbunyi "tuuuuut" mcam tgk kat dlam tv lah kan,bunyi tu petanda apo? jantung telah berhenti berfungsie,masa tu aku bingung!! takot!!sedih!! macam2@@!!rasa nk gilaee
tp masa tu aku cuba tnangkan diri,aku anggap bunyi tu hanyalah alat hospital yang laen…then suddenly sorang doktor muncul…mula2 aku ingat dia remaja cina,then masa dia dtang dekat nk masuk melalui pintu baru aku sedar umur dia dalam 35 ++.lagipon ingat doktor biasa jer,tp aku tengok dia meluru pg k katil d mana abah dirawat…dipendekkan cerita lagi…dalam 2.30 pagi, ahli keluarga dibenarkan masuk, masa tu aku berdebar2…apa yang dah berlaku?? abah macam mana?? macam2 soalan kat kepala….kalau meletup masa tu  pon tak heran. overstress…<
then masa aku masuk kat kawasan tu…Mashaallah…aku tgk dua orang doktor awal tadi sedang tekan dada abah,kasi pressure,memang amatlah tak dapat nak ditahan…then tu kali kedua aku mengalirkan air mata…bagaikan tidak dapat nk berhenti…tp sempat lagi aku mengucapkan dua kalimah syahadah kat telinga abah.kawan abah,umi and abang aku sorang lagi pon sempat jugak…tp umi ckp usah menangis, redakanlah pemergian abah…banyak2kan bersedekah al-fatihah,bertawkkal dan bersabar. maybe 30+ minit lebih kot…bagaikan  paip yang rosak ,.mengalir tanpa henti.<a href=http:
then mayat dibawa balik…sempat lagi umi hantar sms kpd abang2 yg lain,kakak dirumah. bahawa abah telah pergi…walau dah berlalu,peristiwa itu berlaku bagai semalam,pantas berlalu…Al Fatihah…
abng yg sulung n no 2 yg bertolak balik dari kl pkul 3 pg ngan kreta smpat menatapi wajah abah. tapi yg duk kat kuittho tak sempat,sebab xde tiket bas.memang setiap detik terakhir dirakam dalam memori,tidak semua mampu dilafazkan dan dikongsi dengan semua, tapi inilah Kenyataan…
bersempena Father’s Day nie, Sayangilah Mereka ^_^ <3~

Bocor Lagi

June 15th, 2007 by olak329

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it’s PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice décor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers’ money
So please spend the money wisely

Planet seperti Bumi ditemui - satu penerangan ringkas

May 4th, 2007 by olak329

Gliese581c_m
(Kiri, ilustrasi keadaan planet yang baru ditemui yang memiliki ciri-ciri hampir sama dengan bumi)

Baru-baru ini, kita telah dengar berita berkenaan penemuan sebuah
planat yang menyerupai planet Bumi dan memiliki air, satu elemen
penting yang memungkinkan kehidupan wujud di sana!

Ketika di
pejabat juga, ada rakan-rakan yang bertanya berkenaan berita panas ini.
Cuma saya belum sempat nak beri ulasan atau komen, kerana agak sibuk
2,3 minggu ni ditambah pula dengan demam!

Alhamdulillah hari ini, ada kelapangan sedikit untuk tinjau-tinjau berita berkenaan.

Dari
laman web Bad Astronomy, European Southern Observatory melaporkan
penemuan sebuah planet yang paking hampir ciri-cirinya dengan Bumi! Ia
mempunyai ciri-ciri fizikal 1.5 kali diameter Bumi, dan jisimnya 5 kali
ganda dari Bumi.

Ini meletakkannya sebagai planet extrasolar yang paling kecil pernah ditemui setakat ini!

Planet extrasolar? Apa benda tu? Ia sebenarnya planet-planet yang
ditemui mengelilingi bintang lain SELAIN daripada matahari kita.

Planet ini mengelilingi sebuah bintang yang bernama Gliese 581, sebuah
bintang kerdil merah (red dwarf) pada jarak hanya 11 juta km dari
bintangnya, berbanding Bumi-matahari yang berjarak 150 juta km.

Hmmm.. macam dekat sangat je? Tak panas ke? Ok, cuma kita lihat
ciri-ciri bintang Gliese 581 ini. Ia sebuah bintang kerdil merah,
bermakna ia dah tua sangat, dan mengeluarkan sedikit cahaya sahaja. Ini
juga bermakna ia mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding matahari.
Bermakna, jika faktor-faktor ini diambil kira, planet yang baru ini
mempunyai julat suhu antara 0 hingga 40 darjah Celsuis! Uihhk??? Macam
ok je tu!…dan kalau fakta tu sedikit sebanyak memberi isyarat kepada
fikiran anda, memang betul pun! Kerana pada julat suhu tersebut
memungkinkan Air wujud di sana! Wow!!!

Kalau macam tu, logik ke ada kehidupan di sana? Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya.

Jawapannya… wallahualam. Jika kita lihat sekali imbas memang ada
logiknya. Tetapi juga kita lihat beberapa fakta di bawah ni…

i.Belum ada imej yang diambil secara terus terhadap planet ini. Jadi
kita tak tahu keadaan orbitnya yang sebenar. Walaupun kita tahu ia
mengelilingi bintangnya setiap 13 hari!! (cuba bandingkan dengan
Utarid..88 hari!), kita tak dapat pastika jika ia sebuah planet yang
kering ke, penuh dengan lautan ke, atau paling tidak sebuah planet
berbatu seperti bumi, dan bukannya gas seperti Musytari.

ii.
Walaupun ia hampir serupa dengan bumi, graviti permukaannya lebih 2
kali ganda dari Bumi. Oleh itu, kita tak pasti bagaimana ini akan
memberi kesan terhadap keadaan sebenar atmosfera planet ini.

Jadi, kenapa semua orang macam seronok semacam je bila jumpa planet
ini? Ia adalah kerana, pencarian mencari kehidupan di planet lain
merupakan antara tujuan utama saintis-saintis barat sentiasa memburu
planet-planet extrasolar. Bayangkan sebelu tahun 1995, kita tidak pasti
samada ada planet lain yang wujud mengelilingi bintang lain. Kini,
sudah ada ratusan planet yang ditemui dan banyak lagi akan ditemui
apabila teknologi baru digunakan bagi mencari objek yang sungguh elusif
ini.

 

Sumber:http://www.falak-online.net/myportal/content/view/169/58/

Membuat Koleksi Nebula bersama Dr.Rowi

February 10th, 2007 by olak329

Dumbbell_nebuladumbell nebula

Eagle_neb_p
eagle nebula

Veil_nebp
veil nebula

Lagoon_nebula6p
lagoon nebula

M17_omega_c_p
omega nebula

Trifid_nebula
trifid nebula

istiqbal planet Zuhal 10 Feb 2007

February 10th, 2007 by olak329

Friedman_strip2
(Siri imej planet Zuhal yang diambil oleh penggiat astronomi amatur
Alan Friedman dari Buffalo, New York. Beliau menggunakan teleskop 10
inci, dan membuat animasi ini dari tahun 2004 hingga 2007. Perhatikan
perubahan sudut gelang planet, hasil daripada kombinasi kesan sudut
paksi Zuhal dan pergerakan orbit Bumi ketika mengelilingi matahari.
Sumber spaceweather.com
)

Zuhal akan berada di posisi istiqbal atau opposition pada 10 Feb 2007.
Pada ketika ini, Matahari, Bumi dan Zuhal akan berada pada satu garisan
yang lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah. Zuhal pada ketika ini
akan disinari cahaya matahari sepenuhnya, fenomena hampir serupa ketika
bulan purnama!

Apa yang bakal dilihat nanti? Ia bergantung penuh
dengan peralatan yang digunakan. Namun apa yang pasti, sekecil mana pun
teleskop yang digunakan, kita akan dapat lihat keadaan planet Zuhal
lain daripada yang lain.

Jika kita menggunakan teleskop yang
kecil, sekitar 3 inci ke bawah, zuhal akan kelihatan seperti sebuah
objek berbentuk bujur. Gelangnya tidak sejelas dalam teleskop yang
besar, tetapi bentuk keseluruhannya pun sudah cukup menunjukkan
kehadiran gelangnya.

Apabila kita menggunakan teleskop yang
semakin besar saiz cermin atau kantanya, kita sudah mula dapat mengesan
beberapa buah satelit semulajadinya, terutama sekali satelit Titan.
Gegelang Zuhal akan lebih jelas kelihatan, dan kawasan yang dipanggil
sebagai Cassini Division, kawasan gelap yang seolah-olah membahagikan
gelang planet ini, akan dapat dilihat dengan mudah.

Jika kita
menggunakan teleskop lebih besar serta eyepiece yang memberi kuasa
pembesaran yang tinggi, alur-jalur bewarna perang dan keemasan mungkin
dapat dijejaki pada permukaan Zuhal.

Satu lagi tips yang patut
diambil kira ialah, ceraplah planet ini ketika ia tinggi di langit.
Jika ia masih berada hampir dengan ufuk, keadaan udara yang tidak
stabil sekitar kawasan tersebut akan menyebabkan imej Zuhal dalam
teleskop tidak terang dan kelihatan berombak-ombak!

Zuhal akan
berada di langit sepanjang malam. Oleh itu gunalah peluang ini untuk
menyaksikan keindahan planet ini. Perhatikan juga sudut bukaan gelang
Zuhal kali ini lebih kecil berbanding tahun-tahun lepas. Satu lagi
fenomena yang menarik untuk diperhatikan.

Apa lagi, jom teropong!

Stargazing is my Hobby

February 9th, 2007 by olak329

kalu si khalil tu orang dok panggil ustaz,sampai senior pon respect.satu skolah plak tu..
aku plak,ade panggil ustaz astronomi,ade panggil Bintang,ade pnggil ahli falak..and macam2 lar.

begini citernyer…pade 8/2/07,hari khamis malam jumaat.ketika nk solat berjemaah maghrib kat musalla.tiba2 elektrik terputus.semua pon solat dalam kegelapan malam.sampai la isyak.tp sempat ade elektrik dlam 30 minit. dari pkul 8.15+
pastu masa nk sembahyang isyak,elektrik terputus lagi.dalam gelap lagi.masa on da way balik dorm,aku dok tengok2 mlam tu.subhanallah…
indahnya bintang2 kat langit. walaupon langit xclear sangat,tp da cukup la utk menikmati yg ade.
aku naik dorm,tukar baju,amik cermin mata, pastu turun padang.TENGAH padang.gelap o0o…
aku tanya kawan2 kalu ade yg nak join.tp 2 jer yang ikut aku turun.
pastu mase dok kat situ aku terang kan psal yang berkaitan astronomi nie.
xsampai 10 minit, 2 orang senior dtg. name adika ngan Qayyum.adika  nie ketau fasi group aku masa orientasi. dia tnya nape dok padang.cakap la nk berkongsi ilmu2 astronomi…tp si qayyum nie garang sket, tp dia biro makanan jer.dia tanye lagi, nape dok padang.aku ckap la nk blaja astronomi,mai la kalu nk join.dia blah kjap.pastu dia dtg balik! dia tanya lagi…aku ckap benda same la.dia geram, "AKU TANYA NIE CKAP LA!! NAPE KO KENA DENDA KAT PADANG!!"  kui3…adika pon ckap kat dia tujuan aku dok situ…wakkaa…malu gila die.siap mintak maaaf lagi.
skrang ade 4 orang dengar aku dok ckap sal astronomi…lama kelamaan aku pon xsedar.sebab asyik dok tengok kat langit jer.bangun2 jer hampir 20 senior dok dengar, 10+ junior. wahhaa…terkejut gila. setiap sorang tu ajukan soalan…
ade sesetengah tu aku xdapat jawab ngan pasti. tp selagi boleh aku terangkan la kat diorang .punya la best.dalam kul 9.30+ sampai kol 11.tu pon warden warning jangan dok padang.lagipon padang tu ade penunggu….hehe. tp aku ckap xpe la,bkan nk main2. nak g blajar . oooooooooooooooooooooooooooooooooooo inddahnya malam tu.siap panggil aku ustaz astronomi la, bintang la,ahli falak,abang falak,Abe Bite Kito…kui3..pastu ade sorang biro la kat situ dia whisper . sekolah nk cari pelajar cemerlang+pelajar angkat sekolah…aku pon ckp la, watper….hehe…lagipon insyallah aku nk tukar balik skolah, nk amik science stream.malam tu ramai la jgak yg kenal aku.tp xla sehebat ustaz khalil tu.lagipon malam tu masa lepas maghrib dia kasi dakwah kat budak2 nie.hehe.lama gile.sampai kol 9 .rase geram gila xdapat masuk kelab astronomi.skolah nie xde kelab tu.sedeyh nyer…tp kat makmal aku ade tengok telescop…bleh la gune walaupon bukan digital punyer.lagi pon,digital punyer bukannya murah,beratus2 ribu.gila…ade kasi cadangan kat senior mintak kebenaran pengetua tubuhkan kelab astronomi…hua3…rugi xbawak kamera.lagi pon xbleh bawak kamera..rugi ooo…kalo xleh post gambar2 orang yg ade malam tu.ade ckap menarik gile astronomi nie…sebab tu dok stay ngan aku lama gile.follow benda2 yg aku ckap. contohnya,psal kelajuan cahaya,kenapa bintang berklip,perbezaan bintang ngan planet,perbezaan setiap bintang.camner nk kenal satelit,umor satelit,dan macam2 la. best laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………tp kalu ade ramai lagi ngan ramai lagi yang lebih pakar dari aku lagi meriah mlam tu.dan lagi banyak soalan pon lagi . malam kedua terindah selepas malam harijadi sepanjang dok asrama nie…
rase cam nk buat setiap malam, tapi malam  lain selain hari jumaat and sabtu ade PREP….aduss….xpe la.lepas rindu . skli seminggu pon ok la.alhamdulillah, ade jgak yang berminat ngan astronomi nie. lagipon walau aku nie junior,tp diorang tetap respect.psst* dengar kate junior tahun nie ramai yg lebih pandai dari senior..hehe…

Dream Come True

February 2nd, 2007 by olak329

how i wish my birthday evening accompany  by full moon light.
and today,it finally come true.hua3.most pre0203012706

cious present EVER!0203012609
0203012459_2

Painting My Ex-Class on my Birthday

February 2nd, 2007 by olak329

0203111322
really miss my old class, so i decide to join my frend painting the class…atleast there something that i can keep on my mind..something memorable.we’re using the blue paint.see the  picture…0203131510

it was tiring for sure,but im enjoy doing it.i went at to school around 9am.and home at 2pm.ergh..tiring.
and i still have a lot of thing to do before go to my dorm again.haiz…0203125658

all my frend at smkkk1 really should appreaciate wat they have now…if they in my shoes,they will know how i feel.miserabla,desperate.and….whtvr.
my jeans,my hand,my shirt all have the paint splash.hua3.im soo clumsy.oh well,gonna miss it.0203115239